Gurauan Melampau, Anak Jiran S*mbah Air Panas Pada Budak Lelaki Ketika Sedang Tidur

Entertainment
7 Jan 2025 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gurauan melampau daripada 3 kanak-kanak dan remaja di Georgia, Amerika Syarikat membawa padah apabila mereka menyiram air panas kepada rakan mereka yang berusia 12 tahun dan mangsa alami melecur tahap 2.

Ibu mangsa, Tiffany Westt menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika anaknya itu sedang menginap di rumah jiran yang terletak di Tifton County.

Jelasnya, mangsa sedang tidur dan rakannya itu dilaporkan sedang bermain permainan video didakwa menyiram air panas ke mukanya.

“Dia dibawa ke pusat pembakaran di Augusta. Dia terpaksa menjalani pembedahan. Anak saya kini sedang menjalani proses pemulihan di rumah, tetapi ia akan mengambil masa 12 hingga 14 hari untuk sembuh.”

Katanya, sebagai seorang ibu, hatinya hancur apabila anaknya yang menjadi mangsa gurauan melampau itu, malah ahli keluarga lain juga masih terkejut dengan insiden tersebut.

Ibu saudara mangsa, Nachelle Austille berkata, mereka tidak menyangka perkara seperti itu berlaku kepada anak saudaranya.

image is not available

“Abang saya dan Tiffany tidak bekerja sejak kejadian kerana ingin menjaga anak mereka semasa proses pemulihan. Secara mental, anak itu perlu mendapatkan kaunseling.”

Sementara itu, polis mengesahkan bahawa 3 kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 15 tahun itu didakwa mencederakan rakan mereka di sebuah rumah di Tifton County sebelum dibebaskan.

Biarpun jenis pertuduhan masih belum dikenal pasti, kanak-kanak itu sedang menunggu perbicaraan pertama mereka yang dijangka berlangsung bulan depan.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.