“Acah Tidur Atas Kotak, Berubah Pakaian” – Rupanya ‘Influencer’ Berduit, Netizen Kritik Ebit Lew & Mondy Tunggang Agama

15 Jun 2023 • 11:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular baru-baru ini pendakwah yang terkenal sering membantu golongan memerlukan, Ebit Lew telah menyantuni seorang ibu tunggal berusia 21 tahun dari Indonesia.

Jika korang ikuti rapat kegiatan dakwah Ebit Lew di media sosial pasti tahu wanita dimaksudkan itu mempunyai tatu di muka dan kini sudah tampil berhijab.

Usaha baik Ebit Lew sering dipuji netizen di Malaysia apatah lagi dia bukan sahaja membantu rakyat kita tetapi juga kelompok masyarakat di luar negara.

image is not available

Namun, timbul pula dakwaan daripada sesetengah pihak bahawa Ebit Lew ini ‘menunggang’ atau menggunakan wanita Indonesia bernama Mondy itu untuk kepentingan peribadi.

Menurut mereka, dia bukanlah gelandangan dan sebenarnya merupakan seorang pempengaruh yang membawa imej punk di negara seberang serta mempunyai pendapatan daripada statusnya sebagai influencer itu.

Bukan itu sahaja, Mondy juga (selepas disantuni oleh Ebit Lew dan berhijab) kini berada di Malaysia dan membuat live di TikTok menjual produk makanan dikeluarkan oleh pendakwah tersebut.

Sementara itu, segelintir netizen juga mempersoal tentang mereka yang sangat menyanjunginya sehingga terlupa atau ‘tolak tepi’ tentang kes mahkamah Ebit Lew yang masih berjalan membabitkan gangguan seksual.

Berapa ramai yang sedar bahawa lelaki dalam video ini (Ebit Lew) didakwa dalam 11 kes gangguan seksual?”

image is not available

Terdahulu, sejumlah 436 gambar diperoleh daripada telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 milik pendakwah itu yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bukan itu sahaja, 4 rakaman video dan 219 gambar tangkap layar juga diperoleh daripada telefon yang sama.

image is not available 1 bulan lalu

Ebit Lew Didakwa Hantar 436 Gambar Lucah, Saksi Dedah 4 Video & 219 'Screenshot' Bukti Dalam Telefon