“Jangan Sampai Cap Start Balik” – Isu Ebit Lew Dan Gelandangan Bertatu, Caprice Bagi Amaran

Entertainment
15 Jun 2023 • 4:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai penceramah Ebit Lew yang tampil membantu gelandangan bertatu dari Indonesia.

Difahamkan, Ebit Lew membawa gelandangan tersebut pulang ke Malaysia untuk membantunya mencari rezeki.

Tapi ada pula plot twist apabila netizen siasat gelandangan itu rupa-rupanya influencer yang mempunyai hampir 1 juta pengikut di TikTok.

Di Instagram, penyanyi rap Caprice tampil memberi respon mendakwa dia dah cuba membongkar siapa sebenarnya Ebit Lew sejak 2021. Katanya, pada waktu tu ramai yang tak percaya siap kritik dirinya kaw kaw!

image is not available

Penyanyi rap ini turut memberi amaran jangan sampai dia mula semula apa yang cuba didedahkannya dulu. Bongkar apa tu?

image is not available

image is not available

Menurut Caprice, dia percaya suatu hari nanti kebenaran akan berpihak kepadanya meskipun mengambil masa bertahun-tahun.

image is not available

image is not available

image is not available

Dia juga memuat naik screenshot komen netizen yang kini berpihak kepada dirinya. Tak kurang juga yang meminta maaf kerana banyak berburuk sangka terhadap Caprice sebelum ini.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.