
Jangan lupa untuk hadir melihat perarakan kapal berhias di Sungai Sarawak!
Acara Dinanti-Nantikan Semua, Saksikan Perarakan Kapal Berhias Di Sungai Sarawak 29 Julai Ini. Antara acara yang dinanti-nantikan semua rakyat di Bumi Kenyalang, Perarakan Kapal Berhias di Sungai Sarawak, Kuching menjadi salah satu tarikan utama pada 29 Julai nanti.
Setelah 10 tahun tidak berlangsung, tahun ini dilaporkan sebanyak 20 kapal berhias yang akan mengambil bahagian dalam perarakan ini.


Perarakan Kapal berhias bermula pada jam 7 malam
Acara menarik yang diadakan sempena 60 tahun Sarawak Merdeka ini akan bermula pada jam 7 malam, 29 Julai 2023.
Selain daripada acara hebat ini, akan ada sekali persembahan jetski serta perarakan perahu tambang juga.

Ada persembahan dari Dayang Nurfaizah serta Hafiz Suip
Pada malam yang sama juga, orang ramai boleh menghiburkan diri dengan melihat persembahan hebat daripada penyanyi kelahiran Sarawak iaitu Dayang Nurfaizah serta Hafiz Suip.
Jadi, tungu apa lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengikuti acara hebat sempena 60 tahun Sarawak Merdeka ini!

