Acara Promosi ASUS Dan ROG Fest Kembali – Menawarkan Diskaun Sehingga 79 Peratus

TechnologyDigital
2 Jul 2025 • 6:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bermula hari ini, 3 Julai 2025 sehingga 31 Ogos 2025 acara jualan promosi ASUS Fest dan ROG Fest telah kembali untuk menawarkan diskaun jualan sehingga 79 peratus untuk beberapa produk pada masa-masa tertentu.

Anda boleh ke kedai-kedai ASUS ataupun ROG di sekitar Malaysia, dimana mereka menawarkan diskaun untuk sejumlah besar komputer desktop, komputer riba dan aksesori komputer dan gaming. Disamping itu, bergantung kepada berapa banyak yang anda belanjakan, ASUS Malaysia juga akan menawarkan rebat melalui kredit Touch’n’Go eWallet sehingga RM400.

image is not available

Setiap hujung minggu sepanjang tempoh promosi ini, kedai-kedai ASUS dan ROG ini juga akan mengadakan promosi tambahan Happy Hour pada jam 2pm-3pm dan 7pm-8pm dan memperlihatkan diskaun setinggi 79 peratus untuk produk-produk tertentu. Butiran mengenai promosi tambahan ini boleh diketahui melalui hantaran pada laman ASUS Malaysia dan ROG Malaysia di Facebook.

Butiran lanjut mengenai kedai-kedai ASUS dan ROG yang menyertai acara promosi ini dan juga produk-produk yang akan mendapat potongan diskaun boleh dilihat melalui laman web acara ASUS dan ROG Fest 2025.