ACCCIM dan UOB Malaysia perluas akses pembiayaan, peluang perniagaan ke pasaran serantau

LocalBusiness & Finance
13 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

ACCCIM dan UOB Malaysia perluas akses pembiayaan, peluang perniagaan ke pasaran serantau Image from: ACCCIM dan UOB Malaysia perluas akses pembiayaan, peluang perniagaan ke pasaran serantau amree13/10/2026 - 10:50 (DARI kiri) Looi Hei Tyng, Ng Yih Pyng, Ng Wei Wei, dan Ketua Perbankan Komersial Negara UOB Malaysia, Beh Wee Khee pada majlis pemeteraian MoU. Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Okt – Akses pembiayaan, khidmat nasihat kewangan serta peluang perniagaan ke pasaran serantau bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dengan United Overseas Bank Malaysia Berhad (UOB).

 

Kerjasama itu dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan memperluaskan sokongan kepada ahli ACCCIM dalam meningkatkan daya saing serta membina perniagaan untuk lebih bersedia menghadapi perubahan ekonomi masa depan.

 

Jelas kenyataan ACCCIM, UOB Malaysia akan memanfaatkan rangkaian serantau dan kepakaran sektornya untuk menyediakan sokongan kewangan, khidmat nasihat perniagaan serta pengurusan kekayaan yang bersesuaian dengan keperluan ahli organisasi itu.

 

"Kerjasama ini turut memberi tumpuan kepada aspirasi pertumbuhan serantau dan kelestarian perniagaan, khususnya dalam membantu syarikat Malaysia memperkukuh operasi rentas sempadan serta meneroka peluang pertumbuhan baharu," ujar kenyataan itu.

 

Presiden ACCCIM, Datuk Ng Yih Pyng berkata, perniagaan ketika ini berdepan cabaran yang semakin kompleks, termasuk dari segi pembiayaan, operasi rentas sempadan dan peluasan pasaran dalam persekitaran ekonomi global yang dinamik.

 

Menurut beliau, kerjasama dengan UOB Malaysia dijangka dapat menyediakan platform sokongan kewangan dan perniagaan secara lebih menyeluruh bagi membantu ahli-ahli ACCCIM di seluruh negara memperkukuh keupayaan mereka serta meneroka pasaran serantau.

 

ACCCIM_DagangNews2026

 

MoU berkenaan ditandatangani oleh Timbalan Presiden ACCCIM, Datuk Looi Hei Tyng dan Ketua Perbankan Komersial UOB Malaysia, Beh Wee Khee, dengan majlis itu turut disaksikan sendiri Yih Pyng dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Datuk Ng Wei Wei.

 

Sementara itu, Wei Wei berkata, kerjasama tersebut mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk membantu perniagaan dalam menghadapi perubahan, meningkatkan daya saing dan memanfaatkan peluang pertumbuhan di seluruh Asia Tenggara.

 

"Sempena ulang tahun ke-75 UOB di Malaysia, bank ini akan terus bekerjasama dengan komuniti perniagaan bagi membina daya tahan dan menyokong pertumbuhan mampan dalam persekitaran perniagaan yang semakin dinamik," tambah beliau.

 

Selain ia dapat membantu perkembangan perniagaan, UOB Malaysia turut memberi sokongan kepada usahawan tempatan dalam memelihara kekayaan yang dibina serta merancang pewarisan kekayaan untuk generasi akan datang.

 

ACCCIM pula akan terus menjalin kerjasama dengan organisasi daripada pelbagai sektor bagi memperluas akses ahlinya kepada sumber, peluang perniagaan dan pasaran serantau, sekali gus menyokong pertumbuhan serta daya saing syarikat Malaysia. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved