Kerajaan terus komited perkukuh ekosistem pelaburan – UOB Malaysia

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 7:49 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan terus komited perkukuh ekosistem pelaburan – UOB Malaysia

PETALING JAYA: Belanjawan 2027 mencerminkan keseimbangan pragmatik antara menyokong pertumbuhan, daya saing dan kemampanan dengan tanggungjawab fiskal.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Datuk Ng Wei Wei berkata, kerajaan terus komited memperkukuh ekosistem pelaburan Malaysia melalui pelaburan strategik dalam infrastruktur, pendigitalan, industri bernilai tinggi dan peralihan tenaga, yang akan meningkatkan daya saing jangka panjang negara serta daya tarikannya kepada pelabur.

“Belanjawan itu turut menyediakan sokongan tepat pada masanya kepada komuniti perniagaan melalui langkah percukaian bersasar, pemudahcaraan pelaburan, penambahbaikan akses kepada pembiayaan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peluasan koridor ekonomi rentas sempadan yang strategik.

“Langkah untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup, memperkukuh pembangunan modal insan dan meningkatkan perlindungan sosial juga merupakan usaha positif bagi menyokong isi rumah serta memperkukuh daya tahan jangka panjang ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sebagai One Bank For ASEAN, pihaknya berharap dapat menyokong inisiatif ini dengan menghubungkan perniagaan kepada peluang serantau, memudah cara pelaburan rentas sempadan dan membantu menarik pelaburan langsung asing (FDI) berkualiti ke Malaysia.

“Usaha ini akhirnya dapat menterjemahkan keutamaan tersebut kepada pertumbuhan ekonomi, inovasi dan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih kukuh,” katanya. – UTUSAN

The post Kerajaan terus komited perkukuh ekosistem pelaburan – UOB Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved