Acer Aspire 7 Baharu Kini Di Malaysia Pada Harga RM3199

TechnologyDigital
17 Apr 2023 • 2:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sekiranya anda memerlukan komputer riba untuk keperluan produktiviti harian, siri Acer Aspire merupakan antara pilihan yang baik. Berkongsi lebih lanjut, Acer Aspire 7 baharu telah dilancarkan di Malaysia sekaligus menjadi sebuah lagi pilihan terkini yang boleh dimiliki. Ia ditawarkan pada harga RM3199 dan ketersediaan bermula penghujung April akan datang.

image is not available

Acer Aspire 7 baharu dilengkapi dengan skrin IPS sebesar 15.6-inci dengan resolusi FHD (1920 X 1080 piksel). Ini dipadankan pula CPU Intel Core i5-12450H, GPU NVIDIA GeForce GTX 1650, memori 8GB 3200Mhz DDR4 RAM dan storan 512GB PCIe Gen3 sebagai tunjang utama pada komputer riba.

image is not available

Turut disertakan ialah bateri berkapasiti 50Wh yang diiklankan mampu bertahan hingga 8 jam penggunaan. Lain-lain spesifikasi pula terdiri dengan Wi-Fi 6, sambungan bluetooth 5.2 dan pilihan I/O seperti 1XHDMI/2X USB 3.2 Gen 1/ palam RJ-45.