Acer Aspire 7 Malaysia: Laptop dengan Core i5 Gen-12 dan GTX1650 pada harga RM3,199

Digital
17 Apr 2023 • 11:57 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sesiapa yang mencari laptop untuk kerja pejabat ataupun pelajar dalam jurusan grafik, mereka bolehlah pertimbangkan Acer Aspire 7 terbaharu ini. Ia berada dalam laptop berkategori konvensional, tanpa skrin peka sentuhan, tapi spesifikasinya agak menarik untuk harganya.

Harga Acer Aspire 7 di Malaysia

Acer Aspire 7 akan mula dijual penghujung April 2023 pada harga RM3,199.

image is not available

Hanya satu varian sahaja ditawarkan. Anda boleh dapatkannya melalui sama ada gedung dalam talian Acer, Lazada, ataupun Shopee.

Spesifikasi Acer Aspire 7

Bermula dengan papan induk, Acer Aspire 7 diperkasa CPU Intel Core i5-12450H bersama-sama kad GPU GeForce GTX1650 4GB DDR6. Kapasiti RAM yang disediakan adalah 8GB DDR4 tetapi untuk lebih fleksibel, ia boleh dinaik taraf kepada sehingga 32GB apabila diperlukan.

image is not available

Untuk menyimpan data-data penting anda, storan PCIe NVMe seluas 512GB dibekalkan.

image is not available

Seperti yang dikatakan tadi, ia sesuai untuk kerja-kerja pejabat ataupun pelajar jurusan grafik atau video yang tak perlukan tahap mobiliti tinggi kerana saiznya agak besar. Ia ada panel paparan 15.6" beresolusi FHD dan jisimnya adalah sekitar 2.1kg.

image is not available

Bateri berkapasiti 50Wh dibekalkan kepada laptop ini dan menurut Acer, ia mampu berkhidmat selama sehingga 8 jam lamanya. Tidaklah satu angka yang mengagumkan untuk dibawa bergerak ke sana sini.

image is not available

Penawaran port I/O yang ditawarkan agak menarik. Anda beroleh 3 port USB-A, 1 Port USB-C, satu port bersaiz penuh untuk RJ45 dan HDMI dan akhir sekali jek audio 3.5mm. Malangnya, laptop ini tidak didatangkan dengan pembaca kad SD untuk kemudahan pengguna.

Bacaan berkaitan