Siri kad grafik Acer Predator Bifrost diperkenalkan secara senyap oleh Acer untuk digunakan didalam komputer-komputer gaming desktop Predator Orion mereka, dan hadir dengan penawaran daripada Intel dan juga NVIDIA.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Acer sedang membangunkan kad grafik Predator Bifrost baru yang berdasarkan kad grafik AMD Radeon RX 7600. Memperlihatkan kepada senarai penawaran yang tertiris, ia dilihat pilihan kepada kad grafik Predator BiFrost Arc A750 OC, dan hadir dengan dua pilihan kad grafik, iaitu Predator BiFrost Radeon RX 7600 dan Predator BiFrost Radeon RX 7600 OC.

Dari segi rekaan, kad grafik ini tidak mempunyai begitu banyak perbezaan dengan model kad grafik Intel, dan hadir dengan dua kipas penyejukan dan bongkah penyejukan yang tidak begitu tebal juga. Dari segi spesifikasi, perbezaan diantara kedua-dua kad grafik ini ialah kebolehan melewahjam model OC yang mana ia mempunyai nilai kelajuan 2725MHz berbanding 2655MHz pada model tanpa OC.
Tanda harga kad grafik ini yang ditetapkan pada 8490 yuan dan 8990 yuan memperlihatkan bahawa kad grafik ini mungkin akan dijual secara berasingan, disamping hadir sebagai pilihan kad grafik dalam komputer desktop gaming Predator Orion mereka.
