ASUS Memperlihatkan Kad Grafik GeForce RTX 4060Ti Dengan Slot SSD M.2 Terbina

TechnologyDigital
4 Jul 2023 • 5:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kad grafik secara lazimnya digunakan untuk menggerakkan bahagian grafik sebuah komputer, yang termasuklah sambungan diantara komputer dan paparan dan juga untuk menggerakkan grafik dalam permainan, video dan sebagainya.

Terkini, ASUS telah memperlihatkan sebuah prototaip kad grafik GeForce RTX 4060Ti yang hadir dengan satu slot untuk storan SSD M.2 yang memanfaatkan lapan jalur PCIe terbina didalam kad grafik tersebut.

image is not available

Tidak banyak yang berbeza mengenai kad grafik ini, cuma ia hadir dengan slot M.2 tersebut di bahagian belakang kad grafik ini, dengan potongan pada bahagian rangka besi di bahagian belakang untuk memuatkan storan tersebut. Satu perkara yang mungkin dilihat aneh ialah cara pemasangan storan SSD M.2 dimana bahagian cip memori terbina akan menghala kearah dalam kad grafik ini.

Laporan-laporan juga mengatakan bahawa kad grafik ini secara teknikalnya boleh menambahkan satu lagi slot storan SSD M.2 kerana setiap slot hanya menggunakan empat jalur PCIe, tetapi oleh kerana kad grafik ini hanya dibangunkan sebagai sebuah produk konsep, ia hanya hadir dengan satu slot sahaja.

image is not available

ASUS tidak mengatakan bagaimana mereka menyambungkan bahagian SSD ini dari kad grafik ke jalur PCIe, tetapi jangkaan orang ramai ialah

Melalui video Bilibili mereka, pihak ASUS juga mengatakan bahawa apabila SSD ini digunakan dengan cara ini, suhu komponen ini hanya meningkat ke sekitar 42 darjah Celcius yang tidaklah begitu panas untuk storan sebegini.

Cuma sayangnya seperti yang dikatakan sebelum ini, kad grafik ini hanyalah sebuah rekaan konsep, dan tidak akan dijual secara meluas di mana-mana pasaran.