IFA sedang berlangsung di Berlin minggu ini dan secara lazimnya ia menjadi pentas pelancaran pelbagai produk baharu. Acer secara tradisinya menyertai acara tahun ini dan menerusi video acah yang dikongsi menerusi media sosial, seakan memberikan petanda akan mengumumkan sebuah konsol mudah alih di bawah jenama Predator mereka.
Time to command the games, break the limits, and double the action with the newest gaming gear announcements from Predator. Mark you calendars 4.9.2024.#NextAtAcer #IFA2024 pic.twitter.com/dNFdA1z8hN
Hanya bentuk seakan konsol mudah alih dapat di lihat dalam video di atas. Ia mirip dengan bentuk asas Steam Deck, ROG Ally, MSI Claw dan Legion Go yang telahpun dilancarkan sebelum ini. Kami sebenarnya telah lama bertanya kepada Acer bilakah konsol mudah alih Predator akan dilancarkan. Jawapan yang diberikan sejak setahun lalu ialah mereka masih belum bersedia.

Dengan segmen konsol mudah alih kini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, kami tidak terkejut mereka kini akhirnya bersedia. Yang menjadi misteri sekarang ialah apakah cip yang akan digunakan serta kemampuan grafik yang mampu ditawarkan. Berbanding dengan sebuah PC desktop, konsol mudah alih tidak begitu berkuasa kerana hanya perlu memaparkan imej pada skrin yang kecil.

