Acer Nitro XV5 Diumumkan Dengan Skrin 27″ 4K 200Hz

TechnologyDigital
17 Jan 2023 • 3:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Acer Nitro XV5 ialah monitor gaming terkini yang dilancarkan oleh Acer hari ini. Dua versi dihasilkan dengan satu dengan skrin 27″ 4K 144Hz dan 27″ 1440p 160Hz. Kedua-duanya juga boleh dilewahjam ke 200Hz dengan panel pula dari jenis IPS LCD.

image is not available

Untuk golongan gamer, sokongan AMD FreeSync Premium turut diberikan. Terdapat port HMDI 2.1 yang membolehkan visual daripada konsol moden dipaparkan pada tetapan sehingga 4K 120Hz. Sebagai sebuah monitor moden, sambungan menerusi USB-C juga boleh dilakukan dengan output kuasa sehingga 65W.

image is not available

Sebuah lagi ciri yang agak menarik ialah terdapat sensor pada bahagian bezel bawah monitor yang mengaktifkan lampu terbina. Ia kemudian boleh dimatikan semula dengan melakukan tangan di bawah sensor yang sama. Acer mengatakan Nitro XV5 akan dipasarkan di Eropah terlebih dahulu pada harga bermula €399 (~RM1689) sebuah.