Acer PD163Q: Monitor dwiskrin boleh lipat gandakan produktiviti

Digital
24 Apr 2024 • 4:24 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain daripada Acer Swift Go 14, jenama Taiwan itu turut lancarkan sebuah monitor mudah alih menarik kerana ia ada dua paparan dan boleh dilipat. Monitor Acer yang dimaksudkan adalah Acer PD163Q.

Acer PD163Q mempunyai dua panel IPS dengan setiap satunya sebesar 15.6" boleh beroperasi pada kecerahan sehingga 250 nits. Satu benda yang menarik minat saya sewaktu sesi demoinstrasi adalah kualiti binaannya.

image is not available

Kaki penyangga saya dapati diperbuat daripada besi yang keras. Binaan keseluruhan produk ini kukuh dengan kerangkanya turut diperbuat daripada besi. Maka dengan sebab itulah ia mungkin menjadikan monitor ini mempunyai berat menghampiri 2kg.

image is not available

Disebabkan Acer PD163Q mempunyai dua panel yang berasingan, ia juga perlu menerima dua input visual yang berasingan. Salah satu panel itu menerima suapan visual daripada port mini-HDMI manakala satu lagi melalui USB-C. Jadi untuk memanfaatkan sepenuhnya paparan ini, komputer anda perlulah mempunyai USB yang menyokong suapan keluar video.

image is not available

Selain 1 port HDMI dan 1 USB-C ia juga ada satu lagi port USB-C dan jek audio 3.5mm untuk headfon. Acer PD163Q juga ada sepasang speaker 2W kalau-kalau anda nak gunakannya untuk menonton kandungan multimedia.

image is not available

Buat yang berminat untuk dapatkannya, harga jualannya adalah RM1,699. Namun, di halaman rasmi jualannya sudahpun menerima potongan harga kepada RM1,399.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan