Gaming pada 2025 tampil dengan banyak pilihan yang sangat menarik. Daripada computer desktop ke computer riba dan kini peranti gaming PC mudah-alih, anda tidak akan ketandusan pilihan untuk mengisi kekosongan gaming anda tidak kira apa pun bajet anda sekalipun.
Tetapi jika anda sedang mencari sebuah mesin gaming yang tiada kompromi dari segi kuasa pemprosesan produktivit dan gaming, lengkap dengan paparan skrin bersaiz besar dan kemampuan AI yang terbaik setakat ini, Predator Helios 18 AI mungkin apa yang anda cari untuk mengisi kekosongan gaming anda.
Gabungan Kuasa Intel Dan NVIDIA
Predator Helios 18 AI dikuasakan oleh gabungan cip pemprosesan IntelⓇ CoreTM Ultra 9 275HX yang menjanjikan pengalaman gaming setanding dengan sebuah computer desktop gaming yang berkuasa, dalam satu pakej lengkap yang boleh menggerakkan permainan-permainan kegemaran dan moden anda pada resolusi, kadar segar semula dan tetapan grafik yang tinggi.
Cip pemprosesan IntelⓇ CoreTM Ultra 9 275HX hadir dengan 24 teras fizikal, dimana 8 daripadanya terdiri daripada teras prestasi. Teras-teras ini hadir dengan kelajuan asas 2.7GHz dan boleh dilewahjam melalui ciri Turbo Boost Max 3.0 sehingga 5.4GHz.
Ia digabungkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 yang menggunakan cip pemprosesan grafik NVIDIA GB203 yang terdiri daripada 7680 teras CUDA dan sebanyak 16GB memori GDDR7. Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 cukup berkuasa untuk menggerakkan banyak, jika tidak semua permainan-permainan computer moden pada resolusi, kadar segar semula dan tetapan yang tinggi.
Untuk membantu computer riba ini mencapai prestasi yang tinggi, kad grafik ini tampil dengan beberapa ciri-ciri baru yang tidak dapat dilihat melalui penawaran kad grafik generasi lama. Ini termasuklah:
NVIDIA DLSS 4
Teknologi NVIDIA Deep Learning Super Sampling 4 (DLSS4) merupakan generasi keempat teknologi janaan bingkai tambahan dan penaiktarafan resolusi permainan ini. Diperkenalkan melalui siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000, DLSS4 kini bukan sahaja boleh menambah jumlah resolusi video permainan anda, tetapi juga memastikan bahawa tetapan olahan grafik adalah pada tahap yang tinggi, tetapi juga meningkatkan jumlah bingkai yang dijana menggunakan multi-frame generation, yang menjanakan sehingga tiga bingkai tambahan untuk setiap bingkai yang dijanna secara rasterization.
Ray-Tracing
Teknologi Ray-Tracing secara masa nyata diperkenalkan oleh NVIDIA dengan pelancaran kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2000 pada tahun 2018, yang memperlihatkan olahan grafik yang lebih realistik dengan menggunakan pantulan cahaya maya. Kini pada generasi keempat, Ray-Tracing kini boleh digunakan untuk memainkan permainan-permainan computer kegemaran anda pada resolusi dan tetapan tinggi, dan bukan sahaja untuk mengambil tangkapan layer yang cantik.
Malah, baru-baru ini terdapat beberapa permainan computer di pasaran yang memerlukan anda untuk memiliki komputer dengan kad grafik yang mempunyai kemampuan Ray-Tracing, seperti Indiana Jones and The Great Circle, Spiderman 2 dan Avatar: Frontiers of Pandora.
RTX AI PC
Satu lagi kelebihan memiliki komputer riba Predator Helios 18 AI ialah kad grafik ini juga tampil dengan kemampuan memproses tugasan AI yang sangat baik. Dengan kemampuan memproses tugasan AI pada kadar 1334 AI TOPS, komputer riba ini juga boleh digunakan untuk membangunkan sistem AI di tempat kerja tanpa perlu membeli komputer workstation yang jauh lebih mahal.
Paparan Mini LED 4K
Selain daripada spesifikasi dalaman yang berkuasa, satu lagi kelebihan memiliki komputer riba Predator Helios 18 AI boleh diperlihatkan pada paparan skrin Mini LED bersaiz 17.6 inci. Digabungkan dengan resolusi setinggi 4K (3840×2400), kadar segar semula setinggi 120Hz dan 240Hz (Dual Mode Display) dan nilai kecerahan 1000 nits, paparan skrin ini akan memperlihatkan olahan warna yang bukan sahaja jitu, tetapi cantik, tidak kira kandungan yang diperlihatkan.
Dengan kadar segar semula tinggi dan sokongan untuk teknologi seperti NVIDIA GSYNC, mutu dan pengalaman gaming anda bukan sahaja lebih baik, tetapi juga bebas daripada kejengkelan melihat carikan skrin dan bingkai yang tidak selari dalam sesi permainan anda.
Dual-Mode Display
Jika anda bermain banyak jenis permainan komputer, anda akan tahu bahawa resolusi tinggi bukan segalanya. Untuk beberapa permainan tertentu, seperti permainan FPS multi-pemain khususnya, seperti Counter-Strike, Apex Legends dan Valorant, kadar segar semula yang tinggi dan stabil adalah lebih penting berbanding dengan resolusi permainan.
Oleh kerana itu, Acer telah memperkenalkan fungsi Dual-Mode Display yang membolehkan pengguna untuk mengubah mod paparan diantara gabungan resolusi dan kadar segar semula 4K 120Hz dan FHD 240Hz dengan cepat dan mudah, bergantung kepada tajuk permainan. Fungsi ini boleh diakses dengan cepat melalui perisian Predator Sense, perisian terbina Acer yang membolehkan anda mengubah pelbagai tetapan lain dengan mudah.
CalMAN Verified
Sebagai sebuah komputer riba kelas premium, kejituan warna pada paparan skrin adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan. Oleh kerana itu, paparan Mini LED pada Predator Helios 18 AI ini telah ditentukur dan diuji oleh Portrait Displays menggunakan perisian CalMAN untuk kejituan olahan warna pada keseluruhan panel paparan ini.
Sistem Penyejukan Berkuasa
Komputer riba dengan komponen-komponen berkuasa memerlukan system penyejukan berkuasa untuk membolehkannya beroperasi pada tahap optimum, dan untuk memastikan bahawa pengalaman pengguna adalah selesa. Untuk ini, Acer Predator Helios 18 AI dilengkapi dengan system penyejukan paling canggih mereka setakat ini, yang terdiri daripada tiga komponen penting:
Aeroblade 3D Fan Generasi ke-6
Teknologi kipas logam Aeroblade 3D telah diperkenalkan sejumlah tahun yang lalu untuk membolehkan Acer mengalirkan haba daripada komponen-komponen CPU dan kad grafik dengan cepat, dan memastikan bahawa bahagian papan kekunci tidak panas apabila memainkan permainan komputer walaupun untuk jangka-masa yang lama.
Dengan kipas Aeroblade 3D generasi ke-6, Acer telah menambah jumlah bilah pada kipas penyejukan ini ke 100 berbanding dengan 89 pada kipas penyejukan Aeroblade 3D generasi ke-5. Ini dapat dilakukan dengan rekaan bilah kipas baru yang kini hadir dengan kenipisan 0.05mm dan juga rekaan bergerigi yang dapat menjana lebih banyak Udara sejuk untuk mengalirkan haba daripada komponen-komponen dalaman.
Vector Heat Pipes
Paip haba pada komputer riba Predator Helios 18 Ai ini juga telah memperlihatkan rekaan semula yang membolehkannya mengalirkan haba daripada komponen-komponen CPU dan cip pemprosesan grafik dengan lebih cekap. Rekaannya yang kini lebih berpetak memperlihatkan kadar pengaliran haba 9 peratus lebih banyak berbanding sebelum ini, dan apabila digabungkan dengan kipas penyejukan Aeroblade 3D generasi ke-6, Predator Helios 18 AI ini mampu beroperasi pada tahap optimum.
Liquid Metal Thermal Grease
Satu lagi komponen penyejukan penting ialah thermal grease. Jika anda pernah membina komputer desktop, ia merupakan cecair penyejuk yang membantu mengalirkan haba daripada komponen CPU ke bongkah penyejuk. Konsep sama diperlihatkan disini, cuma bahan thermal grease yang digunakan adalah diperbuat daripada logam yang membantu pengaliran haba dari komponen ke paip haba dengan lebih cekap.
Ciri-Ciri Premium
Melengkapkan komputer riba Acer Predator Helios 18 AI ini ialah jajan-jajan premium yang menjanjikan pengalaman gaming dan penggunaan komputer yang sukar untuk ditandingi oleh yang lain. Komputer riba ini tampil bukan sahaja dengan prestasi yang hebat, tetapi juga ciri-ciri tambahan yang memberikan pengalaman pengguna yang lebih selesa, dan juga fungsi yang boleh diubahsuai untuk menjadikan komputer riba ini unik kepada kegunaan anda sendiri.
MagKey 4.0
Kekunci-kekunci WASD dan kekunci arah pada Predator Helios 18 AI boleh ditukar mengikut kemahuan dan keperluan anda. Kelebihan kekunci MagKey 4.0 ini juga ialah ia hadir dengan rekaan yang menjanjikan pengurangan isu dimana kekunci terlalu bergoyang, dan ini sedikit sebanyak akan mengacau prestasi gaming anda.
Kekunci MagKey 4.0 yang menggunakan magnet pada kekunci-kekunci WASD dan kekunci arah adalah lebih teguh dan tidak mudah digerakkan, tetapi membolehkan anda menukarnya dengan cepat dan mudah apabila anda mahu mencuba sesuatu yang baru.
Perisian PredatorSense
Perisian PredatorSense adalah pusat pengubahsuaian komputer riba Predator Helios 18 AI. Dari system pencahayaan RGB pada papan kekunci dan rangka komputer riba ke profil prestasi yang menentukan kelajuan dan kelantangan sistem penyejukan ke ciri-ciri AI terbina seperti Acer PurifiedView, PurifiedVoice dan Acer ProCam yang membantu anda mendapatkan kualiti terbaik daripada bahagian-bahagian seperti kamera web dan mikrofon komputer riba ini.
Pembesar Suara DTS: X Ultra Audio
Salah satu kelebihan memiliki komputer riba bersaiz besar ialah kebolehan untuk memuatkan system audio yang lebih canggih didalamnya. Predator Helios 18 AI mempunyai enam satelit pembesar suara terbina didalamnya, dan dikuasakan dengan teknologi DTS: X Ultra yang mengoptimasikan kualiti treble, bass dan kelantangan audio pembesar suara tersebut.
WiFi 7
Jika anda menggunakan penghala WiFi 7 di rumah, komputer riba ini turut menyokong sambungan Internet nirwayar terpantas tersebut. Tidak kira jika anda memuat-turun fail-fail permainan komputer besar, bermain permainan atas talian, menonton penstriman video beresolusi tinggi ataupun mengemaskini sistem operasi anda, Predator Helios 18 AI akan memastikan bahawa sambungan internet anda kekal pantas tidak kira masa.
Pada harga RM19,999, komputer riba gaming Predator Helios 18 AI ini ialah sebuah pengganti komputer gaming desktop yang lengkap. Gabungan komponen-komponen berkuasa dari Intel dan NVIDIA, Bersama kepakaran Acer dalam membina komputer riba gaming yang tiada kompromi menjadikannya pilihan gamer yang tiada tolok bandingan.
Penafian: Advertorial ini dari Acer Malaysia

