Acer Predator Triton 14 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM7599

TechnologyDigital
3 Jul 2023 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Acer kini menawarkan Preditor Triton 14 untuk pasaran Malaysia sekaligus melengkapkan barisan produk berkenaan. Anda yang berminat boleh mendapatkannya pada harga bermula RM7,599 dan RM8,999 menerusi sesi pratempah yang dibuka sehingga 16 Julai 2023. Hadiah menarik bernilai RM699 yang berupa NitroVG270 E dan Trend Micro Antivirus turut diberikan secara percuma untuk masa terhad.

image is not available

Acer Preditor Triton 14 dilengkapi dengan skrin 14-inci IPS yang juga menyokong resolusi maksimum WQXGA (2560 x 1600) dan kadar segar semula 250Hz. Ia juga dikuasakan CPU Intel Core i7-13700H, di samping dua pilihan GPU sama ada NVIDIA GeForce RTX4050 atau NVIDIA GeForce RTX4070. Memori pula sebesar 16 GB 6000Mhz LPDDR5 RAM serta storan dalaman sehingga 1TB PCIe NVMe Gen4 SSD.

image is not available

Turut disertakan ialah bateri 90Wh yang diiklankan mampu bertahan sehingga 4 jam penggunaan. Dalam masa sama juga hadir dengan sokongan untuk teknologi-teknologi seperti WiFi 6E, Thunderbolt 4, malah mempunyai sebuah slot untuk membaca kad MicroSD.