GPU NVIDIA RTX 5060 baru sahaja dilancarkan di Computex Taiwan minggu lalu dengan ia menyasarkan golongan gamer yang tidak memerlukan RTX 5070 dan 5090. Ia dilihat sebagai GPU dengan spesifikasi paling rendah dalam siri RTX 5000. Tetapi semalam Acer secara tidak sengaja mendedahkan kewujudan NVIDIA RTX 5050 yang akan digunakan komputer riba keluaran mereka.

Sebanyak lapan model komputer riba akan menggunakan GPU ini iaitu , Acer Nitro 16 AI, Acer Nitro 16S AI, Acer Nitro 18 AI, Acer Nitro V 14 AI, Acer Nitro V 15 1AI, Acer Nitro V 16 AI, Acer Nitro V 16S AI, dan Acer Nitro V 17 AI. Kelapan-lapan komputer riba ini juga dilengkapi RTX 5050 dalam enam konfigurasi kelajuan dan TGP berbeza.
RTX 5050 ialah pengganti kepada RTX 4050 dengan pada waktu ini ia hanya akan digunakan pada komputer riba tanpa versi desktop. Dengan Acer telah meniriskan model lebih awal, kita hanya perlu menunggu masa sebelum NVIDIA mengumumkan GPU ini secara rasmi dalam masa terdekat.

