AMD Radeon RX 9060 XT Dilancarkan Secara Rasmi

TechnologyDigital
21 May 2025 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GPU AMD Radeon RX 9060 XT telah dilancarkan secara rasmi di Computex Taiwan. Ia adalah GPU yang bersaing secara terus dengan GPU NVIDIA RXT 5060 dalam segmen kad grafik yang lebih mampu milik. Maka tidak mengejutkan juga AMD mengikut langkah NVIDIA menawarkan dengan pilihan memori sebesar 8GB dan 16GB. Penawaran memori 8GB adalah mengecewakan kerana ia dilihat sebagai terlalu kecil untuk permainan video moden sedangkan harga memori kini semakin murah.

image is not available

RX 9060 XT dilengkapi 32 teras CU RDNA 4, 32 teras RT dan 64 teras AI. Kad menyokong sambungan PCIe 5.0 X16 sementara output pula ialah HDMI 2.1b dan DisplayPort 2.1a. AMD mengatakan prestasi RX 9060 XT adalah lebih tinggi berbanding RTX 5060 Ti pada resolusi 1440p.

Kad grafik akan mula dijual bermula 5 Jun depan dengan versi 8GB dijual pada harga $299 (~RM1277) manakala versi 16GB pula pada harga $349 (~RM 1490).