Acer Vero 16 Ialah Komputer Riba Pertama Mereka Yang Menggunakan Konsep 4R

Technology
2 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini, nama Vero oleh Acer seringkali digunakan untuk menandakan bahawa sesebuah laptop itu hadir dengan penggunaan bahan yang dikitar semula seperti PCR (Post Consumer Recyclable) pada majoriti binaan model komputer tersebut. Di acara Acer GPC 2026, Acer nampaknya telah memperkenalkan semula nama Vero ini, tetapi secara kendiri.

Image from: Acer Vero 16 Ialah Komputer Riba Pertama Mereka Yang Menggunakan Konsep 4R

Komputer riba pertama dalam siri ini ialah Acer Vero 16, sebuah komputer riba kelas produktiviti yang tampil dengan konsep dimana pengguna yang mahukannya boleh memperbaiki dan menaiktaraf komponen-komponen didalamnya secara sendiri. Dengan komputer riba ini juga, Acer telah memperlihatkan peralihan ke konsep 4R, iaitu Reduce, Reuse, Recycle, dan kini Repairability atau pemulihan/pembaikan.

Image from: Acer Vero 16 Ialah Komputer Riba Pertama Mereka Yang Menggunakan Konsep 4R

Komputer riba ini juga tampil dengan penggunaan cip pemprosesan Intel Core Ultra 300 “Panther Lake” yang menjanjikan prestasi perkomputeran dan juga gaming yang hebat untuk komputer-komputer riba dalam kelas nipis dan ringan. Dari segi penawaran memori dan storan, Acer mengatakan bahawa komputer riba ini boleh dimuatkan dengan 32GB memori LPDDR5X dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 512GB.

Image from: Acer Vero 16 Ialah Komputer Riba Pertama Mereka Yang Menggunakan Konsep 4R

Acer Vero 16 hadir dengan rangka yang diperbuat dari bahan PCR dan aluminum rendah karbon, engsel yang boleh dicabut dan juga panel bawah komputer riba yang tidak memerlukan sebarang aksesori atau alat seperti pemutar skru untuk membukanya. Konsep sebegini memudahkan pengguna untuk mengakses komponen-komponen dalaman dengan cepat dan mudah sekiranya sebarang penambahbaikan ataupun pembaikan perlu dilakukan oleh pengguna.

Image from: Acer Vero 16 Ialah Komputer Riba Pertama Mereka Yang Menggunakan Konsep 4R

Dalam pada itu, rangka komputer riba Acer Vero 16 ini juga disahkan melepasi piawaian MIL-STD-810H yang menjanjikan rangka yang kukuh dan tahan lasak dalam pelbagai jenis senario penggunaan. Ini juga memudahkan Acer untuk memperkenalkan pelbagai ciri pembaikan mudah pada komputer riba ini. Dari segi penawaran memori dan storan pula, komputer riba ini hadir dengan sokongan untuk dua slot memori LPDDR5 dan storan SSD dengan saiz M.2 2280 dengan teknologi PCIe 4.0.

Acer akan membuat pengumuman lanjut tentang sokongan konfigurasi komputer riba Acer Vero 16 dan juga tarikh dan harga pelancarannya kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved