Acer SFF RTX Spark Diperkenalkan – Komputer RTX Spark Bersaiz Kecil Pertama Oleh Mereka

TechnologyDigital
2 Sep 2026 • 8:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer SFF RTX Spark Diperkenalkan – Komputer RTX Spark Bersaiz Kecil Pertama Oleh Mereka

NVIDIA telah memperkenalkan platform NVIDIA RTX Spark yang merupakan cip pemprosesan yang boleh digunakan sebagai komputer berkuasa dalam pelbagai jenis rekabentuk yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna biasa untuk tujuan gaming, ataupun pembangun perkhidmatan untuk tujuan membangunkan teknologi AI.

Sewaktu acara Acer GPC 2026, Acer telah memperlihatkan komputer RTX Spark bersaiz kecil mereka sendiri, iaitu Acer SFF RTX Spark diatas pentas. Seperti beberapa jenama lain, termasuklah NVIDIA sendiri, mereka telah memperlihatkan rekaan komputer bersaiz kecil Small Form Factor (SFF) untuk membuktikan bahawa kuasa perkomputeran hebat tidak semestinya memerlukan saiz rangka komputer yang besar.

Image from: Acer SFF RTX Spark Diperkenalkan – Komputer RTX Spark Bersaiz Kecil Pertama Oleh Mereka

Tidak banyak butiran yang diperlihatkan oleh Acer sewaktu mereka mengumumkan kehadiran komputer kerdil ini, tetapi apa yang diketahui setakat ini ialah cip RTX Spark yang digunakan akan hadir dengan sebanyak 20 teras Grace untuk bahagian CPU dan 6,144 teras Blackwell untuk bahagian GPU. Cip tersebut juga akan hadir dengan prestasi setinggi 1 Petaflop dan akan hadir dengan sokongan untuk 128GB memori LPDDR5X yang digabungkan.

Image from: Acer SFF RTX Spark Diperkenalkan – Komputer RTX Spark Bersaiz Kecil Pertama Oleh Mereka

Acer SFF RTX Spark boleh digunakan oleh pelbagai jenis pengguna, dari gamer sehinggalah ke pembangun, dan akan menggerakkan sistem operasi Windows For Arm yang akan dikemaskini bersama pihak Microsoft dan NVIDIA untuk memastikan sebanyak mungkin perisian pembangunan dan permainan komputer boleh digerakkan padanya.

Menurut pihak Acer, mereka akan mengumumkan butiran lanjut mengenai komputer ini di masa akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved