
PETALING JAYA – Kuching City FC bakal mengharungi perjalanan ‘jauh’ pada kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila diundi dalam Kumpulan H bersama pasukan pilihan dari Korea Selatan, Gangwon FC sebentar tadi.
Selain Gangwon, dua lagi pasukan yang berada dalam kumpulan terbabit adalah kelab Hong Kong, Kitchee FC dan Phnom Penh Crown dari Kemboja.
Di atas kertas, Gangwon dilihat sebagai pencabar paling sukar buat The Cat selepas bersaing dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Namun, Gangwon tewas kepada kelab Jepun, Gamba Osaka sekali gus terpaksa ‘turun pangkat’ menyertai saingan ACL2 musim ini.

Sebagai rekod, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu meraih tiket ACL2 selepas muncul naib juara Liga Super di belakang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pencapaian itu sekali gus membolehkan finalis Piala Malaysia membawa nama negara dan Sarawak ke pentas Asia buat kali pertama musim ini.
Saingan peringkat ACL2 dijadualkan berlangsung pada 15 September hingga 9 Disember depan. – KOSMO! ONLINE
The post ACL2: Kuching City berdepan gergasi Korea Selatan appeared first on Kosmo Digital.






