ACL2: Kuching galas misi wajib menang, sandar momentum positif

LocalFootball
25 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

ACL2: Kuching galas misi wajib menang, sandar momentum positif

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, mengakui pasukannya berdepan misi wajib menang ketika melayani kunjungan Phnom Penh Crown dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Taha Ariffin petang esok.

Berbekalkan momentum positif memenangi kesemua tiga perlawanan terakhir, Aidil Sharin percaya The Cats sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi lawan dari Kemboja itu, tatkala pasukannya bebas daripada sebarang isu kecederaan dan penggantungan pemain.

Dalam masa sama, pengendali itu turut menggesa anak buahnya untuk memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri bagi merealisasikan misi tiga mata berkenaan untuk menghidupkan peluang meraih slot ke pusingan 16.

"Kami sentiasa merancang dan mencuba untuk menang dalam setiap perlawanan," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi
.
"Bagi kami, setiap perlawanan bagaikan hidup dan mati kerana kami mahu memastikan diri kami sentiasa memiliki momentum terbaik untuk menang.

"Esok merupakan satu lagi aksi di laman sendiri yang kami mahu gunakan untuk membalas jasa penyokong dan menunjukkan kepada mereka bahawa esok merupakan perlawanan berbeza walaupun kami tewas kepada mereka sebelum ini."

Dalam aksi pembukaan Kumpulan H pada 17 September lalu, Phnom Penh Crown menewaskan Kuching City dengan keputusan 2-1.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved