Kuching City ke final, singkir Selangor 3-2

8 Nov 2026 • 11:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kuching City ke final, singkir Selangor 3-2

PETALING JAYA: Impian Selangor FC untuk mara ke final Piala FA musnah apabila disingkirkan Kuching City FC di peringkat separuh akhir.

Dalam aksi separuh akhir kedua Stadium Taha Ariffin, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak menang 2-0 dalam aksi yang berlanjutan ke masa tambahan.

Selepas tewas 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama, The Cats sedar mereka perlu bangkit dalam aksi timbal balik untuk mara ke pentas final.

Beraksi di laman sendiri, skuad kendalian Aidil menyamakan kedudukan agregat 2-2 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Safawi Rasid pada minit ke-57.

Sepakan penalti itu diraih selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesan kekasaran yang dilakukan Harith Haiqal Adam Afkar ke atas penyerang Kuching City, Jerome Etame.

Selepas jaringan berkenaan, kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol, sekali gus memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan untuk mencari pemenang.

Pada minit ke-118 masa tambahan, malang buat Selangor FC apabila pemain gantian, Mukhairi Ajmal tertampan bola ke awang sendiri untuk menghadiahkan gol kemenangan Kuching City.

Perlawanan sedikit tegang pada minit-minit terakhir masa tambahan yang menyaksikan pemain Selangor FC, Eduardo Sosa dan jurulatih kecergasan, Joel Dones dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Di pentas final, The Cats bakal bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas juara bertahan itu menewaskan DPMM FC 8-1 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir.- UTUSAN

The post Kuching City ke final, singkir Selangor 3-2 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved