ACL2: Misi wajib menang Selangor lawan Persib Bandung esok

FootballSports
5 Nov 2025 • 4:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 5 NOV: Selangor membawa misi wajib menang apabila melayan kunjungan kelab Indonesia, Persib Bandung dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.

Skuad Gergasi Merah berdepan prestasi buruk dalam ACL2 ketika ini apabila tewas semua tiga aksi awal peringkat kumpulan dan menghuni kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Berbaki tiga perlawanan, anak buah Christophe Gamel tiada jalan lain selain perlu memenangi semua aksi itu untuk menghidupkan peluang mereka mara ke peringkat kalah mati, lapor Berita Harian.

Apa yang positifnya, naib juara Liga Super musim lalu itu dilihat menuju ke Stadium MBPJ, malam esok dengan motivasi lebih baik selepas kejayaan menundukkan Sabah 2-1 dalam aksi liga di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabtu lalu.

Gamel bagaimanapun mengakui bahawa saingan ACL2 lebih mencabar dan pasukannya perlu menampilkan aksi terbaik untuk mendapatkan kemenangan.

"Bagi ACL2, kalau buat sedikit kesilapan sahaja anda akan dihukum. Namun, menerusi semangat tinggi, kami masih boleh bermain dengan baik. Sejujurnya, tahap permainan dalam Liga Juara-Juara tinggi dan kami perlu berikan yang terbaik.

"Kami sudah buktikan bahawa kami mampu bersaing dalam liga domestik, tetapi untuk Liga Juara-Juara, kami perlukan gandakan usaha bagi mengekalkan momentum ini.

"Kami hadapi setiap cabaran dan seperti yang saya katakan sebelum ini, kami perlu lebih semangat untuk terus berkembang dalam semua aspek," katanya.

Selangor sebelum ini tewas dengan jaringan 4-2 kepada wakil Thailand, Bangkok United dan Lion City Sailors (Singapura) sebelum tunduk 0-2 kepada Persib Bandung, 23 Oktober lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved