ACL2: Wakil Kemboja sekat misi Kuching City

LocalFootball
17 Sep 2026 • 10:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ACL2: Wakil Kemboja sekat misi Kuching City

PETALING JAYA – Debut Kuching City di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) berakhir dengan kekecewaan apabila tewas 1-2 kepada Phnom Penh Crown dalam aksi Kumpulan H, sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Morodok Techo itu, skuad tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-55 menerusi Moses Dyer yang menyudahkan umpanan Guytho Mijland.

Tersentak dengan gol tersebut, The Cats menggandakan asakan dan berjaya bangkit menyamakan kedudukan hasil penyudah Ajdin Mujagic pada minit ke-73.

Namun, harapan Kuching City berkubur pada masa kecederaan apabila Dyer muncul wira Phnom Penh Crown menerusi tandukan pada masa kecederaan.

Keputusan 1-2 kekal hingga wisel penamat sekali gus menyaksikan penampilan pertama skuad kendalian Aidil Sharin Sahak di pentas ACL2 berakhir tanpa membawa pulang sebarang mata.

Sementara itu, satu lagi aksi Kumpulan H menyaksikan Gangwon FC terikat seri tanpa jaringan dengan Kitchee SC. – KOSMO! ONLINE

The post ACL2: Wakil Kemboja sekat misi Kuching City appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved