Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), berdepan misi penting apabila mahu mencuri mata berdepan gergasi Korea Selatan, untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati.

