ACLE: Rasmi! AFC jatuhkan hukuman terhadap JDT

LocalFootball
7 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

ACLE: Rasmi! AFC jatuhkan hukuman terhadap JDT

Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Etika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 5 November lalu telah membuat keputusan untuk mendenda Johor Darul Ta'zim (JDT) atas tiga kesalahan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada bulan September.

Ketiga-tiga kesalahan itu berlaku dalam satu aksi yang sama iaitu ketika menentang Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Berikut merupakan tiga hukuman yang dikenakan kepada juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu:

1. Separuh masa kedua bermula lewat dua minit. Siasatan daripada AFC mendapati wakil Harimau Selatan menyebabkan ia berlaku. Dan, ini merupakan kali ketiga JDT melakukan kesalahan sama. Justeru, mereka diarahkan membayar denda USD2,250 (RM9,130).

2. Ketua jurulatih, Xisco Munoz, didenda USD1,500 (RM6,090) atas alasan gagal memastikan pemain keluar awal daripada bilik persalinan menuju babak kedua permainan.

3. Enam pemain JDT dikenakan tindakan oleh pengadil menjadikan ia salah laku pasukan di bawah Artikel 55 Kod Disiplin dan Etika AFC. Sebanyak USD9,450 (RM38,340) penalti diarahkan terhadap JDT.

Ketiga-tiga hukuman itu secara keseluruhan berjumlah hampir RM53,550. Wakil Malaysia itu perlu menjelaskan semua denda dalam tempoh 30 daripada tarikh pemakluman.

JDT kini menduduki tempat keenam Kumpulan A dengan meraih dua kemenangan, satu seri dan satu tewas, menyaksikan persaingan masih terbuka untuk mara ke pusingan seterusnya. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved