ACLE: Kerana pihak lawan tidak kenal kami dengan baik, lebih mudah untuk menentang mereka -- Penyerang Jeonbuk

FootballSports
4 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

ACLE: Kerana pihak lawan tidak kenal kami dengan baik, lebih mudah untuk menentang mereka -- Penyerang Jeonbuk

Penyerang Jeonbuk Hyundai, Bruno Mota, memuji jentera pertahanan pasukannya yang mempamerkan disiplin tinggi ketika menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 dalam kempen Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Piala Dunia Jeonju, malam tadi.

Tandukan Mota pada minit ke-22 selepas menerima hantaran lintang Kim Jin-kyu untuk meletakkan Jeonbuk mendahului 1-0, sebelum Italo Vargas melengkapkan kemanangan 2-0 buat wakil Korea Selatan itu. 

Begitupun, statistik berpihak kepada JDT yang lebih agresif menyerang dengan melepaskan 16 percubaan, lima daripadanya merupakan percubaan tepat ke arah gawang lawan.

 

 

 

"Ia merupakan perlawanan yang sukar. Pasukan lawan bertaraf tinggi. Seperti yang jurulatih katakan, kami bermain dengan sempurna. Barisan pertahanan bekerja keras, kerana itu kami tidak bolos. Terima kasih kepada sokongan peminat, kami memperoleh tiga mata.

"Di pentas ACL, pasukan berada di tahap yang lebih tinggi, jadi terdapat lebih banyak ruang. Menggunakan ruang adalah lebih mudah. ​​Oleh kerana pihak lawan tidak mengenali kami dengan baik, sebenarnya lebih mudah untuk bermain menentang mereka." katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved