AcryPhone Dihasilkan Untuk Merawat Ketagihan Telefon Pintar

TechnologyDigital
2 Jan 2023 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selamat tahun baharu 2023 dan kami yakin anda semua turun mempunyai azam baharu yang menggantikan azam tahun lalu yang lupat tanpa kejayaan. Azam kami pada tahun 2023 ialah mengurangkan ketagihan kepada telefon pintar. Jika boleh telefon hanya digunakan untuk tujuan kerja sahaja. Ini adalah hampir mustahil kerana telefon pintar ialah sebuah peranti semua dalam satu yang perlu.

image is not available

Di Jepun, AcryPhone telah dihasilkan untuk membantu insan yang mempunyai ketagihan telefon peranti. Dua versi dihasilkan dengan satu hanya sekeping bongkah akrilik berwarna hitam dan satu lagi mirip sebuah iPhone juga diperbuat daripada akrilik sepenuhnya.

Konsep di belakang AcryPhone ialah menghilangkan ketagihan peranti dengan memberikan sesuatu untuk dipegang tanpa fungsi yang menyebabkan ketagihan. AcryPhone dijual pada harga bermula 3300 Yen (~RM110) sebuah.