Acura Kongsi Teaser SUV EV Konsep Berprestasi Tinggi – Bakal Diperkenalkan Di AS

TechnologyCars
12 Aug 2024 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Syarikat automotif Jepun-Amerika, Acura, dilaporkan akan memperkenalkan kereta konsep elektrik terbarunya di pameran kereta Monterey Car Week yang kini sedang berlangsung di California, Amerika Syarikat.

Menjelang kemunculan pertama kereta konsep tersebut, Acura telah memberikan sedikit gambaran dengan memaparkan bahagian belakang kereta tersebut.

Dari gambar teaser ini, kita dapat menyaksikan bahawa model ini memiliki bentuk badan sebuah SUV coupe yang sporty, dengan lampu belakang LED yang merentangi keseluruhan lebar kenderaan serta grafik LED yang bergaya, bersama tulisan Acura yang kelihatan bercahaya.

Selain daripada gambar teaser ini, tiada butiran lanjut dikongsikan. Model ini bagaimanapun digambarkan sebagai “kenderaan utiliti sukan yang ‘menentang’ segmen” dengan gaya badan yang dinamik.

image is not availableimage is not available

Versi produksi EV konsep ini nanti dikatakan bakal menjadi model pertama yang menggunakan platform EV khusus terbaru daripada Honda, berbeza dengan platform EV GM Ultium yang digunakan oleh Honda Prologue dan Acura ZDX EV baharu.

image is not available

SUV EV baharu ini juga dilaporkan akan dihasilkan di kilang pengeluaran Honda di Marysville, Ohio, di mana ia akan berkongsi barisan pemasangan dengan model Acura lain seperti Integra baharu.

Diposisikan sebagai SUV EV bersaiz sederhana yang sporty dan berprestasi tinggi, model ini dijangka akan menjadi pesaing kepada Tesla Model X, BMW iX, Mercedes-Benz EQE SUV dan Audi Q8 e-tron.

Butiran lebih lanjut mengenai kereta konsep misteri ini bakal didedahkan sebaik kemunculannya di acara Monterey Car Week 2024 yang kini sedang berlangsung di California dari 9 hingga 18 Ogos depan.