Ada 23 Jenis Kek Lapis, Netizen Kagum Dengan Hidangan Raya Di Rumah Lelaki Ini

23 Apr 2023 • 8:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki ini hidang 23 jenis kek lapis!

Ada 23 Jenis Kek Lapis, Netizen Kagum Dengan Hidangan Raya Di Rumah Lelaki Ini. Raya tahun ini sememangnya dinanti-natikan oleh umat Islam seluruh dunia dan kemeriahannya tidak dapat dinafikan.

Dalam sebuah perkongsian di Facebook baru-baru ini, seorang lelaki telah memuat naik gambar 23 jenis kek lapis yang dihidangkan di rumahnya di Kabong, Sarawak.

image is not available
Ada 23 Jenis Kek Lapis, Netizen Kagum Dengan Hidangan Raya Di Rumah Lelaki Ini. Kredit foto: FB Unc Zal

Orang ramai teruja melihat hidangan kek lapis ini

Perkara ini telah membuat orang ramai teruja dan hantaran tersebut pula mendapat sehingga 1.3K perkongsian di Facebook (setakat artikel ini ditulis).

Untuk pengetahuan, di Sarawak ketika musim perayaan, kek lapis adalah antara menu wajib yang akan dihidangkan di setiap rumah.

image is not available
Kredit foto: FB Unc Zal

image is not available
Kredit foto: FB Unc Zal

Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana

Aneka jenis kek lapis yang dihidangkan oleh lelaki berkenaan telah membuat orang ramai rambang mata sehingga tak tahu nak pilih yang mana satu.

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya kagum dengan hidangan kek lapis dan turut terliur melihat keenakan sajian istimewa itu.

Apapun, tak kira apa hidangan raya yang ada paling penting raya tahun ini kita boleh menyambutnya bersama orang tersayang. Selamat hari raya semua!

Lagi artikel menarik untuk anda di sini: