“Ada 60 hektar tanaman manggis!” – Jawapan Usahawan Ini Buat Rosyam Nor ‘Garu Kepala’

12 Dec 2023 • 5:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peluang menjadi usahawan dalam bidang tanaman memang dah lama dibuka untuk rakyat Malaysia. Kerajaan juga ada memperuntukkan bermacam jenis bantuan untuk membantu bakal usahawan tanaman bermula daripada kursus, mencari lot tanah, benih, baja dan lain-lain.

Mula dari usaha yang kecil, seorang usahawan tanaman ini telah membuatkan pengacara forum pertanian iaitu Dato’ Rosyam Nor terkejut sehingga membuatkan beliau garu kepala!

Rosyam Nor terkejut dengar jawapan..

Video yang dimuat naik oleh Jabatan Pertanian Malaysia di TikTok memaparkan sesi temubual oleh pelakon terkenal dan pengacara terkenal, Rosyam Nor dengan seorang usahawan tanaman yang bernama Amin.

Pada awalnya, Rosyam Nor bertanya kepadanya jenis tanaman apa yang diusahakan oleh Amin. Dengan rendah hati, Amin berkata dia lebih fokus mengusahakan tanaman buah-buahan dan tanaman kontan seperti jagung dan ubi keledek.

Kemudian, Rosyam Nor bertanya lagi berapa hektar tanaman manggis yang sedang diusahakan.

“Manggis lebih kurang 60 hektar.. ada 3000 pokok. Satu tahun boleh buat 100 tan ke atas.”

Terkejut dengan jawapan yang diberi, Rosyam Nor ingin tahu berapa harga untuk satu tan buah manggis dan Amin berkata, satu tan manggis berharga RM8000. Jadi, jumlahnya adalah RM800,000.

Tanam durian, cadang eksport manggis ke Australia

Bukan itu sahaja, Amin pun ada mengusahakan kebun durian jenis musang king dan duri hitam. Jumlah pokok durian yang ditanam adalah sebanyak 2 ribu pokok.

Bagi tahun 2024, Amin bercadang mahu mengeksport manggis ke negara Australia di bawah bimbingan jabatan pertanian kerana perlu mengikuti prosedur eksport yang ditetapkan.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen memuji Amin kerana menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang pertanian.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.