Ada Ahli GISBH Miliki Empat Isteri, Hanya Kenal Dua Daripada 34 Orang Anak

LocalPolitics
24 Sep 2024 • 10:24 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Terdapat seorang ahli GISB Holdings Sdn Bhd yang mempunyai empat isteri dan 34 orang anak tetapi hanya mengenali dua daripadanya, dedah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

image is not available

Foto: Kosmo!

Menurut laporan Kosmo!, Razarudin berkata, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini mendapati ahli tersebut adalah antara yang mempunyai bilangan anak paling ramai daripada ahli GISBH lain.

“Dia (ahli GISBH) kahwin ikut agama, dah mengandung baru dia daftar secara rasmi di pejabat agama. Jadi anak ini bila dah lahir dia memang bin dan binti Abdullah.

“Tapi anak ini bukan tidak sah taraf, kalau betul ikut agama anak ini statusnya sah,” katanya dalam satu sidang media pada Rabu.

image is not available

Foto:malaysiakini

Sehubungan dengan itu, Razarudin berkata, kebanyakan ahli GISBH dilatih untuk tidak mengatakan perkara yang sebenar mengenai kanak-kanak itu supaya tidak mendedahkan anak-anak mereka.

Kanak-kanak di bawah jagaan GISBH juga dikatakan tidak mengenali ibu bapa mereka sendiri dan mereka diklasifikasikan sebagai anak yatim.

“Anak-anak itu pun kalau kita tanya, dia kata tak kenal ibu bapa masing-masing. Seolah-olah mereka anak yatim,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! (Nur Alwani Zafirah Khairul)