Mufti Perlis Terima Ugutan Mesej, Polis Buka Siasatan

LocalPolitics
24 Sep 2024 • 12:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mufti perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza, dilaporkan menerima mesej ugutan yang dipercayai berkaitan dengan isu Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Dr. Maza menerima empat mesej WhatsApp daripada nombor tidak dikenali.

Beliau percaya pesanan itu menunjukkan satu ugutan jenayah kerana maksud kafir harbi (kafir yang boleh diperangi) menghalalkan darah.- Kata Razarudin.

Dr. Maza membuat laporan polis di Balai Polis Kangar selepas tidak mengendahkan mesej tersebut, yang kemudiannya bertukar kepada ugutan dan provokasi.

Ajaran GISBH diputuskan sebagai sesat di Perlis…

Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah menyatakan bahawa ajaran GISB Holdings mengandungi unsur-unsur sesat, terutamanya fahaman batiniah. Selain itu, model ekonomi yang diamalkan oleh GISB juga tidak selaras dengan prinsip ekonomi Islam.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved