Ada Ambil Tanah Kubur Buat Khurafat, Keluarga Arwah Nurly Terpaksa Tutup Dengan Tali!

28 Jun 2025 • 8:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia 0470

Lebih 20 hari berlalu sejak insiden kemalangan tragis membabitkan pelajar UPSI, Allahyarham Nurly Sahira tapi suasana di kampungnya masih seperti baru berlaku.

Difahamkan, ratusan orang dari pelbagai negeri berpusu-pusu datang ke rumah keluarganya dan menziarahi pusara arwah.

Rumah sentiasa terbuka tapi

image is not available

image is not available

Keluarga arwah dengan penuh adab menyambut semua tetamu yang hadir. Namun, mereka juga memohon maaf andai tak sempat melayan semua disebabkan terlalu ramai.

Kami alu-alukan sesiapa nak datang, tapi tolong jangan buat perkara yang ditegah agama.

Tanah kubur diambil untuk khurafat?

image is not available

Dalam kesibukan orang ramai menziarah, ada pula segelintir yang melakukan perkara khurafat antaranya mengambil tanah dari kubur arwah Nurly untuk tujuan yang tidak masuk akal.

Tindakan ini bukan saja melanggar hukum agama malah menghina maruah si mati. Perbuatan seperti ini boleh membawa kepada syirik dan keluarga serta penduduk kampung menegur keras perbuatan tersebut.

Langkah tegas diambil: Tali pengadang dipasang

image is not available

Ekoran kejadian itu, keluarga arwah mengambil inisiatif dengan memasang tali pengadang di sekeliling kawasan kubur dan mengingatkan orang ramai supaya tidak melintasi tali itu tanpa kebenaran.

Pihak Pejabat Agama Besut juga telah dimaklumkan dan akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melanggar larangan tersebut. Rondaan malam turut dirancang untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Namun, jangan sesekali mencampur adukkan ziarah dengan amalan khurafat.


Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.