“Ada apa-apa kata untuk sang pelaku” – Netizen Geram Dengar Soalan Wartawan Buat Faisal Halim

Entertainment
14 Jun 2024 • 10:40 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemunculan sulung pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim selepas tragedi simbah asid semalam telah meruntun hati rakyat Malaysia terutamanya apabila mendengar kata-katanya yang reda dengan ujian yang dihadapi dan kerinduannya untuk memeluk anaknya itu.

Dapat dilihat kesedihan pada raut wajah Faisal sampaikan dia menitiskan air mata, jelas sekali emosinya kini tidak stabil.

Namun begitu, dapat dilihat menerusi video tular di media sosial menunjukkan dirinya begitu terganggu apabila mendengar satu soalan daripada seorang wartawan.

“Ada kata-kata untuk sang pelaku yang mungkin tengah tengok live ni sekarang ini?”

Dapat dilihat, wajah Faisal seakan-akan berubah setelah mendengar soalan tersebut. Dia kemudian merenung ke bawah seolah-olah memberikan reaksi kurang selesa dengan soalan tersebut.

Bagaimanapun, soalan itu cepat-cepat ditepis oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato’ Sri Shahril dengan menegaskan bahawa soalan sebegitu dianggap tidak sesuai untuk ditanya.

Persoalan itu telah membuatkan ramai netizen bengang kerana dianggap tidak sensitif dengan emosi Faisal yang mungkin teringat peristiwa tersebut dan jadi trauma apabila terkenangkan semula sehingga membuatkan dia tergamam.

Ada juga berpendapat bahawa kemungkinan Faisal tahu siapa pelakunya dan reaksi wajah itu berubah menjadi geram kerana tidak dapat menjawab persoalan tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Bagaimanapun, Utusan melaporkan bahawa Faisal Halim mahu individu yang menyimbah asid sulfurik pekat ke badannya itu diheret ke muka pengadilan secepat mungkin.

Sumber : X, Utusan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.