“Ada Banyak Lagu..” – Jisoo Beri ‘Spoiler’ Untuk Aktiviti Ahli BLACKPINK Pada Masa Akan Datang

LocalEntertainment
10 Oct 2024 • 4:06 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun setiap ahli sedang sibuk dengan aktiviti solo, pasti ramai yang masih berharap agar BLACKPINK kembali aktif dengan lagu baru kan?

Terbaru pada 10 Oktober, Ji-soo telah menyapa peminat menerusi laman Bubble dan ada berkongsi beberapa perkembangan terkini mengenai aktivitinya sebagai penyanyi.

Membuatkan peminat teruja, penyanyi “Flower” itu berkata,

Tunggu saja, saya juga akan keluar dengan sesuatu yang akan menggembirakan anda dan berbaloi untuk menunggu haha ​​

Sambungnya lagi,

Playlist awak akan penuh dengan lagu! Kami akan mempunyai banyak lagu solo dan kami akan kembali sebagai kumpulan juga

Blinks akan setia tunggu BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.