Ada berita baik soal gaji dalam Belanjawan 2027 – Ramanan

LocalBusiness & Finance
22 Sep 2026 • 3:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ada berita baik soal gaji dalam Belanjawan 2027 – Ramanan

PUTRAJAYA- Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan memberi petunjuk bahawa Belanjawan 2027 bakal membawa khabar gembira buat golongan pekerja, khususnya berkaitan aspek gaji.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bentuk inisiatif yang bakal diumumkan itu, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2027 nanti.

“Nak gaji naik? Itu ‘hint’ (bayangan) dia. Tidak boleh bagitahu lebih. Memang ada berita yang bagus. Kita biar Perdana Menteri yang umumkan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) ke 17, di sini hari ini.

Katanya, pengumuman itu nanti seiring dengan hasrat kerajaan untuk melihat negara ini terus maju ke hadapan khususnya dalam mencapai kedudukan status negara maju.

Ditanya lanjut mengenai khabar gembira itu, Ramanan sberkata, beliau serahkan kepada Perdana Menteri untuk mengumumkannya ketika pembentangan Belanjawan 2027.

“Tak boleh (beritahu) banyak, nanti saya kena marah,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijadualkan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini.

Sementara itu dalam ucapannya, Ramanan berkata, Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan nanti bakal membawa berita baik kepada graduan dan pekerja di negara ini.

“Yang naik sekali adalah gaji. Tidak lama lagi kerajaan akan umumkan di dalam bajet (Belanjawan 2027).

“Dalam bajet ini, saya ingat banyak daripada graduan-graduan yang ada akan gembira. Itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kena umumkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ada berita baik soal gaji dalam Belanjawan 2027 – Ramanan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved