Belanjawan 2027: Ramanan beri ‘hint’ gaji naik -“Ada berita bagus, biar PM umum…”

LocalBusiness & Finance
22 Sep 2026 • 4:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Golongan pekerja mungkin menerima khabar gembira berkaitan gaji menerusi Belanjawan 2027 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan memberi bayangan mengenai perkara itu, namun memilih untuk tidak mendedahkan butiran lanjut sebelum pengumuman rasmi dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nak gaji naik? Itu ‘hint’ (bayangan) dia. Tidak boleh bagitahu lebih. Memang ada berita yang bagus. Kita biar Perdana Menteri yang umumkan,” katanya, hari ini.
Image from: Belanjawan 2027: Ramanan beri ‘hint’ gaji naik -“Ada berita bagus, biar PM umum…”

Kredit Foto: Kosmo! Online

Menurut Ramanan, pengumuman yang bakal dibuat itu selari dengan aspirasi kerajaan untuk membawa Malaysia terus ke hadapan, khususnya dalam usaha mencapai status negara maju.

Malah, ketika ditanya sekali lagi mengenai perkara itu, beliau enggan membuka lebih banyak butiran dan menyerahkan pengumuman tersebut kepada Perdana Menteri.

“Tak boleh (beritahu) banyak, nanti saya kena marah,” katanya lagi.
Image from: Belanjawan 2027: Ramanan beri ‘hint’ gaji naik -“Ada berita bagus, biar PM umum…”

Kredit Foto: BERNAMA

Dalam ucapannya pada majlis sama, Ramanan turut memberi bayangan bahawa graduan dan pekerja antara golongan yang bakal menerima manfaat daripada pengumuman berkaitan gaji itu.

“Yang naik sekali adalah gaji. Tidak lama lagi kerajaan akan umumkan di dalam bajet (Belanjawan 2027).
“Dalam bajet ini, saya ingat banyak daripada graduan-graduan yang ada akan gembira. Itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kena umumkan,”ujar beliau.

Belanjawan 2027 dijadualkan dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini.

Sumber: Kosmo! Online

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved