Ada Berita Baik Untuk Anda! Harga Minyak Turun Kaw-Kaw

LocalBusiness & Finance
11 Sep 2024 • 7:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen dengan masing-masing ditetapkan pada RM3.25 seliter dan RM3.01 seliter.

Sementara itu, harga minyak RON95 kekal pada paras RM2.05 liter. Harga baharu ini akan berkuat kuasa mulai 12 hingga 18 September ini.

image is not available

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pengurangan harga runcit dua bahan api itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan ringgit.

“Sejak 8 Ogos 2024 sehingga kini, kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun 22 sen,” katanya.

Bagaimanapun, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.