Harga RON97, Diesel Turun 15 Sen

LocalBusiness & Finance
11 Sep 2024 • 5:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga RON97, Diesel Turun 15 Sen

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen dengan masing-masing ditetapkan pada RM3.25 seliter dan RM3.01 seliter, manakala RON95 kekal pada paras RM2.05 liter bagi tempoh 12 hingga 18 Sept ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengurangan harga runcit dua bahan api itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan ringgit.

“Sejak 8 Ogos 2024 sehingga kini, kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun 22 sen,” katanya.

MOF memaklumkan bagaimanapun harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Katanya, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber: BERNAMA

The post Harga RON97, Diesel Turun 15 Sen appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved