Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat anda yang selalu berkunjung ke mana-mana pusat membeli-belah sejak belakangan ini, sudah tentu ada yang perasan hiasan lantai kolam berwarna-warni yang kebiasaannya terlerak di bahagian pintu masuk (entrance) atau bahagian centre court tu kan?
Namun begitu, adakah semua jenis kolam bersempena Deepavali ini membawa maksud yang sama?
‘Suka Tengok Kolam Warna-warni, Tapi Hiasan Kolam Ada Kaitan Ke Dengan Kepercayaan Hindu?’ – Netizen
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Nurafida berkata dia sangat kagum melihat hiasan kolam yang meriah di sesetengah pusat membeli-belah.
Namun dia tertanya adakah kolam itu merupakan upacara agama penganut Hindu dan berkait dengan penyembahan dewa? Jelasnya, dia menghormati budaya dan agama lain, tetapi mahu penjelasan tentang perkara itu.
“Kolam ni adat budaya orang Hindu. Kalau pergi mana-mana pusat membeli-belah mesti terpegun tengok seni diorang. Tapi ada baca juga kolam ni dibuat untuk sambut dewa, mohon keberkatan, mohon kemakmuran ikut tradisi mereka.
“Harap ade kawan India yang sudi jelaskan betul ke tidak. Jadi kita sebagai orang Islam ni cukuplah sekadar menghormati budaya kaum lain tanpa menyertai kalau tak pasti.
“Soal akidah tak ada positif negatif. Memang kene kaji dengan mendalam. Tapi saya sebagai rakyat Malaysia memang suka tengok kolam yang warna-warni tu,” katanya.
View on Threads
Kolam Dengan Corak Bunga, Burung Merak & Sebagainya Di Mall Hanya Melambangkan Budaya
Soalan Nurafida kemudiannya telah mendapat perhatian ramai termasuk pempengaruh yang juga doktor perubatan terkenal, Dr Malar Santhi di laman Threads. Menurut Dr Malar, kolam boleh menjadi simbol budaya dan juga untuk upacara agama.
Kebiasaannya, seni hiasan kolam berwarna-warni atau turut dipanggil sebagai Rangoli mengandungi elemen bunga, burung merak atau wanita cantik melambangkan budaya masyarakat India.
Bukan itu sahaja, kadangkala ada juga kolam yang mempunyai tulisan “Vanakkam” atau “Happy Deepavali”. Jelas Dr Malar, itu juga boleh dikategorikan sebagai budaya.

“Kolam Yang Melambangkan Agama Mempunyai Hiasan Atau Tulisan Berkait Dengan Dewa Hindu” – Dr Malar
Bagaimanapun lain pula dengan kolam yang dihiasi di kuil. Menurutnya, kolam yang tertulis dengan mantra Hindu seperti “Om Shakti” atau “Hara Hara Mahadeva” atau berserta lukisan bentuk dewa dan dewi agama Hindu melambangkan kepada upacara agama.
“Jadi kesimpulannya, kolam-kolam di pusat membeli-belah atau pejabat anda adalah sekadar budaya. Kolam di kuil kami adalah agama,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Sebenarnya Perbezaan Deepavali & Diwali? Ini Penjelasannya [Video]
Kolam Menggunakan Tepung Beras Dipercayai Lambangkan Sifat Berkongsi Rezeki Dengan Hidupan Lain
Seorang wanita dikenali sebagai Kogeelavani Peresami pula berkata, kolam mempunyai dua fungsi. Menurut kepercayaan penganut Hindu, kolam yang menggunakan tepung beras disediakan bagi memberi makan kepada haiwan kecil dan serangga.
Menurut seorang lagi individu, kolam yang menggunakan tepung beras melambangkan sikap berkongsi rezeki dengan hidupan lain.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Asal Usul & Kisah Sebalik Perayaan Hari Deepavali
Rangoli Atau Kolam Hiasan Hanyalah Deko & Tiada Mengena Dengan Kepercayaan Hindu
Tambah Kogeelavani, Rangoli yang berwarna vibrant yang selalu dilihat orang ramai di pusat membeli-belah atau tempat awam tiada mengena dengan kepercayaan penganut Hindu sebaliknya hanya hiasan dekorasi semata-mata.
View on Threads
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Perkara Yang Wajib Dilakukan Penganut Hindu Semasa Sambut Perayaan Deepavali
Baca Artikel Berkaitan: Kolam Berputar Pertama Di Malaysia Serikan MYDIN S2 Sempena Kempen “A Brighter Deepavali”, Bombay Bazaar Pun Ada
Baca Artikel Berkaitan: Deko Deepavali Di The Exchange TRX Buat Ramai Terpukau! Netizen Turut Teruja Kongsi Vibe Di Mall Lain [Video]


