“Ada bukti CCTV” – Alice Chang Dakwa Dic*bul Manager Di Tempat Kerja Baru

Entertainment
16 Oct 2024 • 12:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular kerana aksi mencium doh roti sampai dibuang kerja, gadis yang dikenali sebagai Alice Chang ini sekali lagi menjadi tumpuan netizen di media sosial apabila dia kini dikatakan sudah bekerja di sebuah rantaian restoran makanan segera.

Bagaimanapun, timbul lagi satu isu apabila dia ada membuat satu kenyataan yang mendakwa bahawa dia telah dicabul oleh manager di restoran tersebut.

Dia juga mendakwa bahawa dia ada bukti rakaman CCTV dan ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen, menurut The Rakyat Post ada yang menggesa dia untuk membuat laporan polis daripada kongsikannya di media sosial.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian kami, hantaran Facebook itu dilihat seperti sudah dipadamkan. Namun begitu, ia tular ke platform media sosial yang lain.

image is not available

image is not available

Difahamkan ia berlaku beberapa hari selepas Chang dibuang kerja dari Auntie Anne’s kerana mencium doh semasa penyediaan. Syarikat itu menyatakan mereka telah menutup kedai untuk pembasmian kuman dan membuang produk yang terjejas.

Susulan kejadian itu, Chang dilaporkan cuba mendapatkan pekerjaan di kedai aiskrim dengan menyembunyikan identitinya tetapi terbongkar oleh pihak majikan dan dia tidak diambil bekerja.

Berikutan itu, ada netizen mendakwa bahawa media sosial harus mengelak daripada memberi publisiti kepada Chang, kerana ia menyumbang kepada tindakannya untuk melakukan perbuatan yang mengundang kontroversi demi raih perhatian ramai.

Sumber : The Rakyat Post, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.