Ada Burritos Serta Kebab, Ini Port Sarapan Ala Turki Dan Mexico Di The Kebab Bros Miri

1 Nov 2022 • 9:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menyediakan hidangan autentik Turki dan Mexico

Ada Burritos Serta Kebab, Ini Port Sarapan Ala Turki Dan Mexico Di The Kebab Bros Miri. Jika anda pernah menjejakkan kaki di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semestinya anda tidak asing lagi dengan aneka makanan yang dijual khasnya hidangan timur tengah yang cukup digemari oleh orang tempatan.

Anda tidak perlu lagi melancong jauh nun ke seberang kerana di Miri terdapat sebuah gerai yang menyajikan hidangan autentik Turki dan Mexico yang pasti membuatkan anda terliur.

image is not available
Ada Burritos Serta Kebab, Ini Port Sarapan Ala Turki Dan Mexico Di The Kebab Bros Miri

Apa menu hidangan yang ditawarkan di sini?

Terletak di Jalan Jurinea, The KebabBros sudah beroperasi sejak tahun lepas dan kini diminati ramai kerana hidangannya yang sesuai dimakan bila-bila masa sama ada breakfast, lunch dan dinner.

@jojotaroeee

Boleh tahan sedap lah shawarma kat sini. Check out The KebabBros kat Bandar Miri image is not available

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依
Tak Perlu Ke Luar Negara, The KebabBros Di Miri Ini Menyajikan Hidangan Istimewa Turki Dan Mexico. Kredit: TikTok JOJO

The KebabBros menawarkan hidangan yang boleh digubah mengikut cita rasa sendiri seperti konsep yang diguna pakai oleh rangkaian makanan segera Subway. Antara menu yang menarik boleh anda cuba disini adalah Kebab Wrap, Burrito, Rice Bowl dan Salad Bowl.

image is not available
The KebabBros Kebab Wrap dan Buritto. Sumber foto: Facebook The KebabBros

image is not available
The KebabBros Rice Bowl dan Salad Bowl. Sumber foto: Facebook The KebabBros

Haa mesti anda dah terliur kan? Mereka juga menyediakan beberapa variasi protein pilihan seperti lamb, beef, salmon dan chicken untuk digunakan sebagai bahan utama dalam hidangan. Wah, yang pasti kebab mereka ini dibaluti tortilla yang rangup dan dilimpahi sos istimewa mereka.

image is not available
Hidangan yang ditawarkan di The KebabBros. Sumber foto: Facebook The KebabBros

Syok Value Meal harga berpatutan

Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan Syok Value Meal dengan harga serendah RM9.90. Berpatutan kan? Menu yang ditawarkan ialah Kebab with Fries, Mexican Style Burger with Fries dan Pilaf Rice with Egg.

image is not available
The KebabBros Syok Value Meal. Sumber foto: Facebook The KebabBros

Lokasi: The Kebab Bros 675 Jalan Jurinea, Cheong Kee Siew Pow 98000 Miri, Sarawak, Malaysia Waktu beroperasi: Setiap hari 9 pagi hingga 6 petang
Facebook: The KebabBros

Selain makanan autentik Turki dan Mexico, korang boleh juga cuba makanan Jepun di Kuching ini: