Khas Buat Food Hunter, Loft Menyajikan Set Hidangan Mexico Yang Enak Di Kuching

26 Oct 2022 • 7:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buat food hunter, anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk mencuba tacos di Loft!

Khas Buat Food Hunter, Loft Menyajikan Set Hidangan Mexico Yang Enak Di Kuching. Keenakan hidangan Mexico yang padat dan seimbang dengan rasa ada auranya tersendiri. Ia bukan saja lazat, malah kebanyakan hidangan juga digabungkan dengan pelbagai sayur-sayuran menjadikan ia lebih segar untuk dinikmati tak kira masa.

Kini, anda tidak perlu susah mencari hidangan luar negara yang enak. Terdapat sebuah kedai baharu di Kuching, di mana anda boleh menyantap hidangan Mexico yang pasti membuat anda terliur.

image is not available
Khas Buat Food Hunter, Loft Menyajikan Set Hidangan Mexico Yang Enak Di Kuching. Kredit gambar: FB Wong Tong Wei

Antara hidangan yang menarik adalah tacos, nachos, mac and cheese dan banyak lagi!

Terletak di Galacity, kedai Loft ini merupakan kedai baharu yang menyajikan pelbagai hidangan Mexico yang anda boleh jadikan ia sebagai lunch dan juga dinner. Kedai ini mula beroperasi pada pukul 11 pagi hingga 10 malam.

Makanan Mexico memang tidak dapat dinafikan sukar untuk dicari di Kuching, lebih-lebih lagi yang muslim-friendly. Oleh itu, anda tidak perlu risau lagi kerana Loft juga merupakan kedai yang menyajikan hidangan Mexico yang muslim-friendly dan sedap!

image is not available
Kredit gambar: FB Wong Tong Wei

Tidak hanya sajian yang enak, tempatnya juga sangat cantik. Mempunyai suasana yang tenang dan sesuai untuk anda meluangkan masa bersama yang tersayang.

Lokasi: SL42, Ground Floor, Gala City, Jalan Tun Jugah, Kuching
Waktu beroperasi: Isnin- Jumaat ( 11 pagi – 10 malam), Sabtu dan Ahad (11 pagi- 11 malam)
No telefon: 011-5626 8305

image is not available
Kredit gambar: FB Wong Tong Wei

Wahh rupanya ada banyak lagi tempat yang menyajikan hidangan Mexico di Kuching. Lihat pautan di bawah: