Ada Darah Beku Dalam Otak, Shamsul Ghau Ghau Telah Selamat Jalani Pembedahan

EntertainmentHealth & Fitness
25 Jan 2026 • 1:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pelawak, Shamsul Ghau Ghau semalam dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah di Serdang selepas pelawak berkenaan mengalami pendarahan beku dalam otak.

image is not available

Difahamkan, Shamsul dibawa ke hospital untuk pemeriksaan doktor selepas dia berada dalam keadaan tidak sihat.

Selepas diperiksa oleh doktor, Shamsul disahkan ada darah beku pada bahagian otak kiri.

Terkini, Shamsul difahamkan telah selamat menjalani pembedahan dan kini keadaannya stabil dan berada dalam keadaan baik.

Artikel berkaitan: “Ayat lebih kepada tunggang isu” – Ibu Puteri Balqis ‘Sound’ Janna Nick, Dakwa Komen Threads Bersifat ‘Backhanded’

Keadaan terkini Shamsul itu telah dikongsikan oleh anak Shamsul yang kemudiannya dikongsikan semula oleh Pencetus Ummah Amin menerusi platform media sosial Threads.

Anak Shamsul Ghau Ghau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan ayahnya itu.

Sumber: Berita Harian, Threads

Sumber: Astro AWANISumber: Threads Pencetus Ummah Amin

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.