“Ada driver nama Schumacher tak?” – Altimet Dedah Gaji Sebagai YB Di Selangor

Entertainment
28 Nov 2024 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merupakan satu tanggungjawab yang besar, mereka yang diberikan mandat oleh rakyat perlu melunaskan segala amanah serta menjaga kebajikan rakyat sesebuah kawasan.

Terbaru, ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet mendedahkan gaji sebagai seorang ADUN dalam rancangan audio siar Dol’s Podcast’.

Dalam video itu, hos Shuk Sahar bertanya dengan direct berapakah gaji seorang Yang Berhormat (YB) kepada Altimet dan tanpa berselindung, pelantun lagu Kalau Aku Kaya itu memberitahu gaji bersihnya adalah RM16k sebulan.

@dolspodcast

Gaji wakil rakyat adalah sebanyak?? Layan Episod 38, 9 MALAM INI di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. Podcast ini dibawakan khas untuk anda oleh Pop Motif Interior Pte Ltd A HDB licensed contractor 8755-6538 IG: @popmotif.sg Fb: popmotif www.popmotif.sg Pop Motif Interior Pte Ltd Deserve To Be Noticed. @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @Pop Motif Official @altimet #DolsPodcast

♬ original sound – Dol’s Podcast – Dol’s Podcast

“Di Selangor ya, kalau campur gaji kasar, elaun dan sebagainya boleh dapat bersih RM16,000.

Dan tak salah sayalah, di Malaysia kalau untuk ‘top 3’ gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi,” kongsinya.

Beliau juga mendedahkan, seperti penjawat kerajaan lain ADUN juga mendapat insentif seperti kemudahan membuat pinjaman serta rumah dan kereta.

“Nama driver dia Schumacher ke?”

Altimet berkongsi dia juga mendapat peruntukan untuk menggajikan pemandu peribadi dan ramai yang berseloroh adakah nama pemandunya itu Michael Schumacher seperti lirik dalam lagu Kalau Aku Kaya.

Ramai juga yang memuji Altimet memikul tanggungjawab sebagai seorang ADUN.

image is not available

Sebagai info, Altimet sekarang ini menjawat jawatan sebagai ADUN di Lembah Jaya, Ampang Jaya, Selangor selepas memperoleh undian sebanyak 26,298 menewaskan lawannya Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh undi 19,620.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.