“Ada dua tapi boleh hilang sekelip mata” – Datuk Red Juga Bakal Bercerai Dengan Isteri Pertama

Entertainment
5 Mar 2024 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya bukan sahaja Adira yang bakal berpisah dengan Datuk Red. Menurut Gempak, isteri pertama Datuk Red, Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim atau dikenali sebagai Datin Red juga katanya sudah memfailkan perceraian terhadap ahli perniagaan itu.

image is not available

Bukan berpakat untuk cerai tetapi berlaku secara kebetulan

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan berkata, keputusan kedua-dua isterinya itu untuk memfailkan perceraian bukanlah satu pakatan yang sudah dirancang tetapi ia berlaku secara kebetulan.

Untuk keputusan ini (cerai) mereka tidak ada pakatan. Cuma kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri. Jadi saya tetap mahu mencuba mempertahankan.

“Lepas ini, saya nak ke Kuala Selangor pula. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tapi orang tak nampak.

image is not available

“Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak sudah ramai.

“Jadi saya mahu pertahankan apa yang ada. Saya juga manusia lalai dan saya asyik minta maaf banyak kali tapi benda tetap berulang lagi (perpisahan). Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham,” katanya.

Dalam pada itu, hasil laporan JKP bersama Adira hari ini gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah akan melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Kita doakan yang terbaik buat Datuk Red dan keluarganya ya.

Sumber: Astro Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.