“Ada gigitan semut & kerengga di leher” – 3 Lelaki, 2 Wanita Ditangkap Khalwat Sewa Kondo Mewah

28 Oct 2026 • 5:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft ceheck in homestay

Niat tiga lelaki dan dua wanita untuk ‘berpesta’ di sebuah kondominium mewah tidak kesampaian selepas premis disewa mereka diserbu oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 9.35 pagi, Selasa.

Operasi cegah maksiat berkenaan dilaporkan berjalan lancar selepas pihak berkuasa mengemukakan waran serta memperoleh kerjasama penuh daripada pihak pengawal keselamatan premis berkenaan.

Pintu bilik berkunci, cuba elak serbuan

Screenshot 2026 10 28 172421

Menurut kenyataan JAINJ, unit kediaman yang terletak di tingkat 11 itu pada mulanya dibuka oleh seorang lelaki berbaju-T dan berseluar jean selepas kira-kira lima minit diketuk.

Walau bagaimanapun, individu terbabit bertindak cuba menutup semula pintu sebaik sahaja pihak berkuasa memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa.

“Penguat kuasa berjaya menghalang dan masuk ke dalam dan menemui seorang wanita yang memakai skirt labuh dan baju ketat sedang baring di sofa sambil menonton televisyen.”

“Penguat kuasa juga menemui seorang lelaki memakai seluar pendek dan tidak memakai baju berdiri bersebelahan wanita itu,” menurut JAINJ dalam satu kenyataan.

Screenshot 2026 10 28 172504

Hasil pemeriksaan dokumen pengenalan diri mendapati ketiga-tiga individu berkenaan mengaku tiada hubungan mahram mahupun pertalian darah.

“Lelaki pertama berumur 23 tahun dan bekerja sebagai penghantar makanan. Lelaki kedua berumur 16 tahun dan bekerja di sebuah bengkel manakala wanita pula berumur 18 tahun dan belum bekerja.”

“Rumah itu mempunyai sebuah bilik dan didapati berkunci dari dalam. Penguat kuasa ketuk pintu dan minta seorang daripada dua lelaki tersebut memanggil rakannya yang berada di dalam.”

Taktik tersebut digunakan bagi memastikan individu di dalam bilik mengecam suara rakannya tanpa mencurigai kehadiran pihak berkuasa.

“Kemudian penguat kuasa dengar suara seorang lelaki sebut perkataan ‘kejap-kejap’. Pintu bilik dibuka lima minit kemudian oleh seorang lelaki yang memakai seluar pendek dan tidak memakai baju.”

“Penguat kuasa menemui seorang wanita sedang baring atas katil dan berselimut. Setelah diminta bangun, wanita itu didapati memakai baju nipis bahu bertali dan berseluar pendek.”

Ditemui kesan gigitan ‘semut’ dan ‘kerengga’ di leher

Screenshot 2026 10 28 172443

Siasatan mendapati pasangan di dalam bilik tidur itu kelihatan ketakutan dan mengakui mereka berdua-duaan tanpa sebarang ikatan perkahwinan sah atau adik-beradik tiri.

“Pemeriksaan lanjut oleh penguat kuasa wanita, terdapat kesan gigitan ‘semut’ di leher kanan wanita. Lelaki juga ada gigitan ‘kerengga’ di lehernya.”

Lelaki di dalam bilik berkenaan berumur 23 tahun, berstatus bujang dan bekerja sebagai penghantar barang, manakala pasangannya merupakan remaja perempuan berusia 16 tahun yang tidak bekerja.

“Kelima-lima mereka diterangkan kesalahan khalwat yang bukan hanya bermakna satu lelaki dan satu wanita saja, tetapi ramai dari itu pun boleh kena.”

Sewa atas talian kononnya cari ‘ketenangan’

Pihak JAINJ mendedahkan bahawa ketiga-tiga lelaki terbabit berkongsi wang menyewa kediaman berkenaan melalui tempahan dalam talian, di mana mereka hanya diberikan kata laluan untuk mengambil kad akses di peti surat tanpa perlu berurusan di kaunter.

Screenshot 2026 10 28 172540

“Mereka kata hanya berseronok untuk mencari ketenangan setelah penat bekerja. Mereka juga mengaku bukan menyewa kondominium kali pertama tetapi sudah beberapa kali di lokasi yang berbeza sekitar Johor Bahru.”

Suasana bertukar tegang semasa proses jaminan apabila waris dan keluarga yang dipanggil hadir melepaskan kemarahan terhadap tindakan anak masing-masing.

Kesemua suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 atas kesalahan khalwat dan bakal dihadapkan ke mahkamah.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved