Ada iklan di menu Windows 11? Apa Dah Jadi? #27

21 Apr 2023 • 8:30 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tiga isu yang dikongsikan dalam video ini ialah, pertama Microsoft tambah iklan dalam menu Windows 11. Kedua, pemandu disaman sebab tak pamer cukai jalan. Ketiga, polis boleh tolong pantau rumah anda masa anda balik kampung.

1. Microsoft tambah iklan di menu Windows 11 pada kemas kini terbaru

Microsoft telah keluarkan kemas kini terbaru bagi Windows 11 dengan menawarkan beberapa penambahbaikan kecil pada isu dan keserasian. Tapi, sebilangan pengguna ada nampak notifikasi menggalakkan mereka untuk menggunakan produk Microsoft lain apabila mengklik menu Windows.

Baca lagi di sini.

image is not available

2. Saman pemandu tak pamer cukai jalan, polis yang terlibat disiasat

Baru-baru ini, tular perkongsian Facebook seorang pengguna bernama Faiz Sulaiman, yang menunjukkan gambar sehelai saman polis yang dikeluarkan kepadanya. Pada saman tersebut, dinyatakan kesalahannya adalah gagal menunjukkan cukai jalan. Hal ini pastinya mengejutkan kerana Kementerian Pengangkutan telah umumkan cukai jalan fizikal untuk kenderaan persendirian tidak lagi diperlukan.

Berita penuh di sini.

image is not available

3. Tinggalkan rumah semasa Raya? Laporkan pada polis di aplikasi VSP untuk dipantau selalu

Ada rancangan untuk pulang lama ke kampung semasa Raya Aidilfitri nanti? Jika ya, pastikan rumah anda lebih selamat dengan membuat laporan balik kampung di aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) supaya polis dapat buat rondaan di rumah anda dari semasa ke semasa.

Lebih lanjut di sini.

image is not available